MUJAHID ISLAM

Saturday, June 9, 2012

Friday, January 13, 2012

tiada yang mudah der..




sungguh. bukan mudah berjuang di jalan Allah..

setiap dari kita ada tanggunjawab, amanah. setiap dari kita ada kemampuan masing2. setiap dari kita pasti akan merasa berada di bawah. mundur.

tapi jangan lupa. bila kita rasa dugaan kita sangat besar, jangan lupa. ada orang lain yg ujiannya lagi berat dari ujian yg kita dapat.

dan setiap ujian tu, pastinya tarbiyah dari Allah.

takde benda yg mudah der

minta pertolongan Allah. kerana Dia la satu-satunya tempat kita bergantung

"Allah tempat meminta segala sesuatu" [112;2]

sedih sgt rasa.

lihat sahabat2. ada yg futur. ada yg tersungkur.

Allah... bantu mereka. bantu kami

"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [9;41]

HATIKU PANAS .



Aku mulakan dengan lafaz ta'awuz.
Kerana ada sesuatu yang sedang 'memanaskan' aku. 
Dan sememangnya ia bersifat panas.
Iaitu syaitan.
Ia dibuat dari api neraka.
Maka memang sifatnya panas dan memanaskan.

Moga dengan lafaz ta'awuz itu, tidak ada lagi syaitan yang teringin mendampingiku.
Menyucuk nafsu ammarahku.
Memberi gelisah pada hatiku.

Lambaran itu aku buka. 
Belek satu persatu.


Tiba di surah Taaha.


Lantas aku teringat, 
bagaimana lembutnya hati zauj Saiditina Fatimah.
Dengan alunan kalam ini. 


iba di surah Ar-Rahman. Hatiku terpukul dengan ayat yang Tuhan ulang-ulang.

Bertambah lembut dengan alunan Al-Quran.

Aku membelek lagi. 
Tiba di surah Al-Waqi'ah.


Aku terkesima melihat cerita-cerita di syurga dan neraka yang dinukilkan Allah di dalam kalamNya. 

Sungguh, pada syurga itu ada satu ketenangan. Ketenangan yang mungkin tidak ada di dunia yang fana.
Sungai yang tenang mengalir, dengan bidadari Huruun Eien yang menemani, mustahil masih ada gusar dihati.

Lantas aku teringat surah yang dikatakan jantung pada Al-Quran.

Yasiiin.

Mengingatkan aku pada talkin dan tahlik bila jasad sudah terkubur kaku.

Tidak ada lagi ketenangan yang mungkin aku cari dengan aiskrim, mahupun tempat yang damai, melainkan yang tinggal cuma...


... hitungan amalanku yang soleh. 

Yang boleh menjadi sumber ketenangan kelak di alam baru.

Mengapa mencari ketenangan dengan cara yang lain,
seandainya sumber ketenangan itu dari Allah?

Mengapa mencari penyelesaian dengan cara yang susah,
sedangkan Allah menyediakan jalan yang damai dengan mendekatiNya?

Benar, kecantikan alam yang menjadi sumber ketenangan itu juga ciptaan DIA. Tapi sebelum aku  mencari yang dunia, biarlah aku menghadap DIA. 
Memohon agar ketenangan itu datang. Walau dalam apa jua saja caranya.

Kerana aku mahu tenang,
dalam dakapan cinta DIA. 

^_^

Wallahu a'lam.

AKAN DATANG..

ASSALAMUALAIKUM.... 

Perancangan manusia, 

Terlalu banyak yang ingin dirancang,

Terlalu banyak yang ingin dilaksanakan, 
Terlalu banyak yang ingin dicapai.
..

Tapi sejauh mana kita mampu lakukan, 
Pohon padaNYA,
 
Agar diberi kekuatan dan terus berusaha, 

Untuk terus berjuang dijalanNYA...
 

Moga apa yang dirancang, dapat membawa kita lebih dekat padaNYA dan mendapat keredhaanNYA...

Dan setiap perancangan itu, hanyalah daripada hamba yang pada hakikatnya lemah dan banyak kekurangannya... Dan perancanganNYA jualah yang terbaik buat kita semua...


Kepada semua sahabat, terima kasih atas segalaanya dan maaf atas kesalahan yang pernah menimbulkan sakit di hati...




JANGAN TINGGALKAN..

ASSALAMUALAIKUM... SALAM MAHABBAH...






Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk update blog... Selama-lamanya bersyukur kepada pemilik jiwa ini, dengan nikmat iman yang dihidayahkan pada diri yang hina ini... Saya tertarik untuk post di entri yang usang ini berkenaan dengan ibadah, yang mana jika kita ingin lakukannya mestilah dengan ilmu, bukan dengan ikut-ikutan sahaja kerana ianya boleh membawa kepada kesesatan.

Ibadah yang ingin disentuh adalah ibadah fardhu seorang yang mengaku Islam iaitu SOLAT... yang dibincangakan oleh Ustaz pada ketika itu adalah hukum meninggalkan solat secara sengaja mahupun tidak.






Hukum tinggalkan solat:
1) Dengan sengaja- iaitu seseorang yang mengingkari perintah Allah ataupun mempersendakan kewajipan solat seperti berkata: Solat hanya membuang masa dan sebagainya..
Hukumnya kafir dan murtad. Pemerintah Islam wajib menyuruhnya untuk bertaubat, sekiranya dia tidak ingin bertaubat, darahnya halal untuk dibunuh, setelah itu jenazahnya tidak boleh diuruskan seperti jenazah orang Islam dan jenazahnya tidak boleh dikuburkan di tanah perkuburan Islam.

2) Dengan tidak sengaja- iaitu kerana malas tetapi dia tidak mengingkari perintah solat dan tidak mempersendakan perintah solat. Contoh paling selalu berlaku ketika waktu subuh, melewat-lewatkan bangun sehingga terlepas waktu subuh. Hukumnya fasikh, sekiranya ianya berterusan, pemerintah Islam wajib menyuruh mengqada'kan solatnya yang telah ditinggalkan dan taubat nasuha. Sekiranya dia tidak ingin mengqada'kan solatnya dan bertaubat, dia dikenakan hukum bunuh sebagai hukum hudud, ini disebabkan dia menderhaka terhadap hukum Islam yang telah diperintahkan. Jenazahnya diuruskan seperti seorang muslim.

Terdapat juga dua keadaan meninggalkan solat dengan tidak sengaja yang mewajibkannya untuk qada' sahaja iaitu:
1) Terlupa- kerana sibuk melakukan sesuatu perkara sehinggabetul-betul terlupa untuk solat.
2) Tertidur- tertidur sebelum masuk waktu solat tetapi hanya tersedar apabila masuk waktu seterusnya.

Sebagai seorang muslim yang sedar akan kewajipan solat, kita tidak boleh sengaja untuk meninggalkannya. Amat besar dosanya sekiranya kita meninggalkannya.

Sekadar perkongsian dan peringatan bersama buat diri dan semua sahabat...

Sunday, January 1, 2012

DI SEBALIK HATI YANG GERSANG..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wrt..




Terdetik pula hari ini untuk meng'update' blog ini dengan tajuk 'DI SEBALIK HATI YANG GERSANG'. Awan yang mendung berarak pergi. Kemudian tersirnalah langit biru yang terbentung luas. Terang cahayanya. Subhanallah… pintu hatiku terbuka. Ku renungi ujian yang menimpa. Ku renungi mehnah perjuangan yang sedang dihadapi. Kita acap kali mengeluh dan bertanya kenapa? Dan kenapa? Apabila ku lihat awan dan langit biru yang cerah terpancar cahayanya, aku sedar… Allah yang menentukan segalanya. Apabila Dia uji kita dengan keperitan, Dia juga akan beri penawar kegembiraan kepada kita. Cumanya kita perlu bersabar…bila detik waktu itu tiba, ia pasti akan tiba.

            Selepas hujan akan hadirnya pelangi yang begitu indah sekali. Begitu juga hati kita. Kita merintih. Kita menangis penuh hiba. Tunggulah saatnya… kita pasti akan gembira kelak. Sabarlah kita  dalam mengharungi keperitan ini. Allah senantiasa bersama kita.

            Sebenarnya ujian keperitan ini begitu indah sekali. Renungilah detik-detik kita menitiskan air mata tatkala merasakan diri kita tidak mampu mengharunginya, kita pasti akan berdoa pada Allah. Kita luahkan segala-galanya. Nah..inilah jawapannya. Inilah jawapan kepada ujian yang ditimpakan ke atas kita. Allah merindui kita. Allah merindui pengaduan kita kepada-Nya. Kita alpa….kita lupa dibuai dengan arus badai duniawi. Lantas Allah sakitkan kita supaya kita kembali bertaut kepada-Nya kerana kita akan sedar, hanya kepada Allahlah yang patut kita kembali.

            Hati kita gersang selama ini. Kita taksub dengan dunia yang sementara. Di sebalik kegersangan hati kita, masih adakah rasa cinta pada Sang Pencipta? Masih ada atau sudah kering kontang kerana sudah lama tidak disirami dengan air mata keinsafan, dibajai dengan keimanan yang utuh kepada Ilahi? Tanya pada diri…adakah kita masih mampu mengalirkan air mata tiap kali kita rasakan kita melakukan dosa? Ataupun hati sudah keras kerana titik noda dosa itu sudah menutupi hati kita. Allah…jangan. Jangan Kau tutupkan hati kami dari menerima hidayah-Mu.

            Masih belum terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan. Mungkin di hati kita, masih ada walaupun sedikit rasa keinsafan kepada Ilahi. Ayuh kita suburkan hati kita yang kian gersang. Ayuh kita bajai hati kita dengan iman dan taqwa. Janganlah kita kotori hati kita. Takutlah pada Allah. Takutlah Allah sudah tidak mencintai kita. Kita sering mengatakan kita mencintai Allah, tetapi kita yakinkah Allah akan membalas cinta kita andai kata kita masih tidak mahu berubah. Bercinta dengan Allah adalah realiti… yakni dengan beribadah kepada-Nya. Cinta kepada Allah bukan ilusi..yakni hanya bermadah pujangga mengatakan mencintai Allah, tetapi hakikatnya tidak…

Bersamaku kita renungi sejauh mana cinta kita kepada Ilahi….

Di sebalik hati yang gersang itu

Sudah pasti ada juga sinaran iman
Biarpan ianya hanya sekecil cuma
Namun…
Masih belum terlambat untuk kita bajai hati kita
Supaya kian berbunga ceria

Ya…kita alpa
Kita lupa
Kita asyik terbuai dengan dunia yang sementara
Kita seronok mengejar dunia
Hingga kita lupakan negeri akhirat yang bakal kita tuju

Akhirat merupakan negeri yang bakal kita tuju
Bukan lagi sekadari ilusi
Malahan realiti sebuah kehidupan

Sedarlah saudaraku
Kita sedang menghampiri negeri akhirat itu
Adakah sudah siapa siagakan dengan bekalan yang cukup?
Ataupun masih tidak ada sebarang persiapan?
Argh…
Ayuh…cepat
Sementara masih ada waktu

SeLamat tahun baru semua ^^

Assalamu'alaikum wrt..

shbat....skrang sdah msuk tahun yg baru 2012...apkah msih kita d dlam kejahilan hidup?apkah kita msih tdak mncriNya?apkah kita msih lgi leka dgan dunia?shbat....carilah cahaya itu.....ia akn dekat dan semakin dkat dgan kita apbila kita kembali padaNya....yg Maha Esa ..kerana Dia Maha Pengampun dan Maha Penyanyang... ^__^