MUJAHID ISLAM

Friday, January 13, 2012

HATIKU PANAS .



Aku mulakan dengan lafaz ta'awuz.
Kerana ada sesuatu yang sedang 'memanaskan' aku. 
Dan sememangnya ia bersifat panas.
Iaitu syaitan.
Ia dibuat dari api neraka.
Maka memang sifatnya panas dan memanaskan.

Moga dengan lafaz ta'awuz itu, tidak ada lagi syaitan yang teringin mendampingiku.
Menyucuk nafsu ammarahku.
Memberi gelisah pada hatiku.

Lambaran itu aku buka. 
Belek satu persatu.


Tiba di surah Taaha.


Lantas aku teringat, 
bagaimana lembutnya hati zauj Saiditina Fatimah.
Dengan alunan kalam ini. 


iba di surah Ar-Rahman. Hatiku terpukul dengan ayat yang Tuhan ulang-ulang.

Bertambah lembut dengan alunan Al-Quran.

Aku membelek lagi. 
Tiba di surah Al-Waqi'ah.


Aku terkesima melihat cerita-cerita di syurga dan neraka yang dinukilkan Allah di dalam kalamNya. 

Sungguh, pada syurga itu ada satu ketenangan. Ketenangan yang mungkin tidak ada di dunia yang fana.
Sungai yang tenang mengalir, dengan bidadari Huruun Eien yang menemani, mustahil masih ada gusar dihati.

Lantas aku teringat surah yang dikatakan jantung pada Al-Quran.

Yasiiin.

Mengingatkan aku pada talkin dan tahlik bila jasad sudah terkubur kaku.

Tidak ada lagi ketenangan yang mungkin aku cari dengan aiskrim, mahupun tempat yang damai, melainkan yang tinggal cuma...


... hitungan amalanku yang soleh. 

Yang boleh menjadi sumber ketenangan kelak di alam baru.

Mengapa mencari ketenangan dengan cara yang lain,
seandainya sumber ketenangan itu dari Allah?

Mengapa mencari penyelesaian dengan cara yang susah,
sedangkan Allah menyediakan jalan yang damai dengan mendekatiNya?

Benar, kecantikan alam yang menjadi sumber ketenangan itu juga ciptaan DIA. Tapi sebelum aku  mencari yang dunia, biarlah aku menghadap DIA. 
Memohon agar ketenangan itu datang. Walau dalam apa jua saja caranya.

Kerana aku mahu tenang,
dalam dakapan cinta DIA. 

^_^

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Jangan lupe tulis komen yeeerrr**