MUJAHID ISLAM

Saturday, December 10, 2011

Petua Untuk HATI.

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan ciptaan-Nya..
Teruja betul Hati ini
untuk menciret-coret di blog baru.. :)
bicara tentang HATI ea.. ok.. n_n
HATI selalu dikaitkan dengan perasaan.. gembira.. =) dan sedih.. =( 


Tapi pada kali ini ana ingin bercerita tentang HATI yang sedang berduka.. Yang pastinya memerlukan penawar untuknya kembali gembira.. Andai HATI sering berduka.. Inilah petua yang boleh merawat duka di HATI.. 
Sama-sama kita renungkan.. 


  • Amalkan tasbih, tahmid, dan takbir. - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Aminah.
  • Sibukkan diri dengan sesuatu. - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakkan membaca al-quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan, dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda. - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • BERDOA. - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Senyum. - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah di hadapan cermin dan lihatlah diri anda, yand sedang tersenyum. ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

SENYUM K !! 
=D 

...Hati yang mengingati Allah SWT..iaitu HATI yang tenang, redha dengan dunia dan akhirat..

..Setiap ujian itu pastinya ada hikmah.. Dengan itu bersabarlah. 'Ya Allah, berilah daku pahala atas setiap musibah yang ENGKAU berikan.. Dan gantilah musibah-musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik untuknya'..



...LA TAHZAN..INNALLAHAMA' ANA..
















No comments:

Post a Comment

Jangan lupe tulis komen yeeerrr**