MUJAHID ISLAM

Sunday, December 11, 2011

TANPA SAHABAT,,SIAPALAH KITA**

Ketika ini saya menoleh kenangan ketika bersekolah dulu. Dari darjah satu sehingga tingkatan 5. Sebanyak 3 buah sekolah telah saya langkahi. Begitu banyak tawa dan tangis ketika bersekolah. Begitu banyak ragam kawan telah saya temui. Dan akhirnya , sehingga kini, saya hanya mempunyai seorang sahabat baik. Dialah sahabat saya ketika belajar, kami belajar di sekolah menengah berasrama. Alhamdulillah!


Begitu susah untuk menemui permata…


Pada mulanya Ketika  mendiami sekolah yang mempunyai asrama, ketika itu ada peristiwa yang memerlukan hak ditinggikan, kawan  saya  pun meninggalkan saya. terkontang kanting sendirian. Sedangakan mereka  tahu saya berada di atas jalan untuk memberikan keadilan (dalam hal tersebut). mereka memilih untuk diam sebagai langkah selamat.


Di sekolah pun begitu. Ada yang cakap:


“awak…saya tahu awak benar tentang itu, tapi saya tak berani nak cakap saya setuju dengan awak kat diorang”.


Ketika saya membentangkan hujah betapa pentingnya dalam pergaulan mempunyai elemen  islamik, mereka marah saya. ketika itu senyap sunyi tanpa ada suara yang membangkitkan kata setuju . padahal itu benar. Saya takkan kecewa kalau mereka menentang jika kata saya itu salah. Its fine!


Kawan-kawan saya Semuanya senyap pada malam itu. Malam itulah yang cukup membekas di hati saya.Ketika berada suasana yang pedih,,,datang laaa seorang lelaki menghampiri saya lalu  mengatakan bahawa awak benar',,,,saya boleh jadi sahabat seperjuangan kamu...."katamu memang benar,islam mengajar kita agar menjalankan kehidupan harian berteraskan konsep islamic terutama sekali dalam pergaulan"......


Di sini saya tidak meminta simpati atau empati para pambaca sekalian. Tetapi, cukuplah untuk saya katakan bahawa lakukan sendirian untuk kebenaran andai tiada yang sefikrah. Kuatkan semangat. Jangan jadi seperti saya. asyik sedih apabila sedikit dicemuh. 


Kalau kita berada di jalan yang benar, ingatlah Allah bersama kita. Biarlah kawan yang kita sudah anggap sebagai sahabat menjauhkan diri daripada kita tatkala kita sendirian cuba melawan arus atau memperjuangkan sesuatu.Namun,sahabat yang baik mampu memberi momentem ketakwaan yang baik dalam diri kita .Sahabat baik juga umpama kasturi yang mana kebaikannya adalah pada baunya dapat membari faedah kepada kita,sebaliknya sahabat yang jahat akan berusaha melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada dirinya.Berkawan dengan sahabat yang jahat umpama kita berada di dapur arang,walaupun kita tidak melakukan aktiviti kedapuran,namun asap dapur itu akan mengotori dan memberi bau yang busuk pada badan kita(Ana harap antum semua paham maksud ana ^^)hehe~~


(Ana amat merindui sahabat china ana yang amat memahami ana ketika di tingkatan 1-3)^^ Ana mengharapkan hidayah Allah untuk nya.....AMIN~

PESANAN ANA^^:CARILAH SAHABAT YANG MEMBAWA KITA KEPADA ALLAH...DAN JUGA MEMBAWA MEREKA YANG LAIN KEPADA ALLAH***(SABAR 94)




No comments:

Post a Comment

Jangan lupe tulis komen yeeerrr**